Biografi Nana Asma'u

Nana Asma'u dilahirkan lebih kurang 11 tahun sebelum Perang Fulani, dan dinamakan sempena Asma bint Abi Bakr, salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Puteri kepada pengasas Kekhalifahan Sokoto dan saudara tiri Muhammed Bello (Sultan Sokoto yang kedua), beliau hidup lebih lama daripada kebanyakan generasi pengasas kekhalifahan itu, menjadikan beliau sebagai sumber panduan yang penting bagi pemerintah-pemerintah terkemudian. Dari 1805, anggota-anggota keluarga Khalifah itu menonjol, termasuklah sebelah wanita. Ketika Nana Asma'u paling menonjol, saudara-saudara perempuan beliau Maryam dan Fatimah, dan isteri-isteri Khalifah, Aisyah dan Hawa memainkan peranan kesusasteraan dan politik dalm negara baru itu. Seperti mana bapanya, beliau dididik dalam tafsir, dan memandang tinggi pendidikan sejagat. Sebagai contoh dalam tarekat sufi Qadariyyah, Dan Fodio dan para pengikutnya menekankan perkongsian pengetahuan, terutamanya Sunnah Nabi Muhammmad. Belajar tanpa pengajaran, bagi mereka, adalah tandus dan kosong. Jadi Nana Asma'u mengabdikan diri, khususnya, kepada pendidikan wanita Muslim. Seperti mana kebanyakan anggota keluarga beliau yang lain, beliau menjadi penulis yang prolifik.